| minggu lepas aku g johor. jalan2. aku,wan ngan boroi. fezal lak tak jadi ikut -_-. aku g tidur umah wan jawa sempena ngan perkahwinan pay. tolak dr shah alam pukul 3 sampai kul 7. aku macam biasa lena saja. bila sedar dah sampai melaka. perut lapar, pesan kat wan, singgah dulu r&r jejambat air keroh. dia ok ajer. bila tengok signboard balik rupanya dah lepas. haha. apada wan.
| sampai jer kluang, lepas maghrib tu terus ke satu kampung ni. umah sedara wan. ada kenduri/berkat cukur rambut baby. memang 1st time pergi cukur kepala dan ikut marhaban. tapi aku meraban jer banyak. abis jer cukur kepala time makan pula.
| makan time,makan nasi ambeng. juga 1st time utk aku. tak leh blah la aku. nasi ambeng ni hidang dlm talam dan ada beberapa lapis. lapisan kat bawah nasi putih, lapisan kedua, sayuran, lapisan ketiga bihun dan atas sekali lauk utama e.g ayam masak kicap. lepas tu kena guna tangan utk bahagikan nasi tu. dorang pak cik tu suruh jawa buatkan. mau kasi orang muda buat. ada gak cara tu.
1. Bahagikan nasi ambeng kepada 4 bahagian/4 orang,
2. ambil surat khabar yang dilapik plastik (disediakan tuan rumah). letak bawah talam dan masukkan bahagian. one by one.
3. lipat nasi tadi dan masukan dalam plastik. bila semua siap, boleh balik
*nasi ambeng kena di bawa pulang utk dimakan bersama keluarga.ni semua adaat orang jawa
| berkat abis kul 10. sms pay ajak bachelor parti. lul. kul 11 g jmpa dia dan minum kat warong gelas besar. gedabak siot gelas diorang guna. lepak2, pastu bila bayo ingat mahal sekali berapa RM jer. aku order milo ais yang gedabak tu baru RM1.20. wow. sep siot. my 1st time jmpa gelas besar yang murah.
| ahad aku jadi pengapit pada pay. giler nervous. biasa la my first time.
| lepas tu jadi saksi akad pada pay juga. aku kat belakang pay rasa cuak giler. pay dia punya tangan punya la goyang. lol. alhadulillah sekali jer lafaz. lepas tak hingat punya muka. masa nk g sanding pun sempat lagi manja2 ngan umai kat seat belakang
| kalut maa bila ikut resepsi ni. jadi pengapit pun buat salah. dah le letak pengantin laki sebelah kiri masa sanding. lul. btw, pengapit perempuan comel dan ebelebel. keje kat JB. hehe
| kul 3 balik, umah wan tinggalkan pay di kenduri. mandi kejap pergi pulak satu umah sedara dia. ada bestday party. giler ounya jadual. macam YB. abis makan2 kul 5 gerak johor, ngantor si mimi dan boroi. kul 7 dah anto terus chiao ke shah alam. lagi sekali gua tidur. wan rilek jer.
| kali ni dapat la singgah r&r air keroh. masa aku nak beratur beli air tiba2 ada perempuan celaka melayu dengan selamba duk depan aku terus order. si cashier juga bengong, aku tak tanya, terus dia tanya belakang. terus tinggi suara order air. yang bancuh air kat belakang pun tengok aku. haha. kebetulan wani call.
masa nk letak fon saja cakap kuat ” aku nk beli air ni, ada orang tak reti nak beratur pulak’. minah tu terus diam. patut aku cakap ” ada perempuan bodoh tak reti beratur depan aku’. muka jer elok tp bodoh
| sampai rumah shah alam kul 1130. lepak main game, tidur.
- nasi ambeng
- siap bungkus
- kosong
- snap
- melayu




